top of page

Ringkasan Produk Pembiayaan MBSB 2013

Dokumen yang diperlukan

-   2 salinan kad pengenalan (disahkan majikan)
-   2 salinan slip gaji 3 bulan terkini berturut turut (disahkan majikan)
-   1 salinan slip gaji asal untuk bulan sebelum permohonan
-   1 Salinan muka depan buku bank atau helaian pertama penyata
-   1 salinan surat option pencen (jika berkaitan)
-   Penyata penyelesaian awal terkini (jika berkaitan)
-   Salinan Surat Pelantikan untuk bagi yang baru bekerja. (sekiranya di minta)
-   1 Salinan surat beranak untuk pegawai Polis sahaja yg tiada tarikh lahir pada kad kuasa

Banca Takaful

Banca Takaful ialah pakej tambahan bersama dengan pakej pembiayaan peribadi-i MBSB. Produk Banca Takaful yg bernama HLMT i-save adalah satu produk kerjasama dengan Hong Leong MSIG Takaful Bhd. (HLM Takaful)

 

Setiap pelanggan yang mengambil pakej ini akan dikenakan tambahan potongan sebanyak RM 650 utk bayaran setahun bagi pakej takaful tersebut. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari halaman rasmi produk di website Hong Leong MSIG takaful. Klik di sini​

Berkenaan Kad Kelab Temanku MBSB

Banca Takaful ialah pakej tambahan bersama dengan pakej pembiayaan peribadi-i MBSB. Produk Banca Takaful yg bernama HLMT i-save adalah satu produk kerjasama dengan Hong Leong MSIG Takaful Bhd. (HLM Takaful)



Setiap pelanggan yang mengambil pakej ini akan dikenakan tambahan potongan sebanyak RM 650 utk bayaran setahun bagi pakej takaful tersebut. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari halaman rasmi produk di website Hong Leong MSIG takaful. Klik di sini

Berkenaan Kad Kelab Temanku MBSB



Kelab TemanKu MBSB telah dilancarkan secara rasminya pada 24 April 2010. Program ini adalah untuk semua pelanggan Pembiayaan Peribadi MBSB. Setiap ahli Kelab TemanKu MBSB akan diberi kad keahlian dan secara automatiknya layak untuk mendapat ganjaran dan keistimewaan eksklusif yang disediakan seperti menjamu selera, membeli-belah, percutian, hiburan & riadah ditawarkan sesuai dengan gaya hidup anda adalah hanya sebahagian daripada ganjaran hebat bakal menanti anda.



Kad TemanKu juga boleh bertindak sebagai kad pintar Touch n Go yang digunakan dengan meluas di semua lebuhraya di Malaysia termasuklah pengangkutan awam di Lembah Klang, tempat letak kereta terpilih, kedai-kedai makanan dan serbaguna serta taman tema yang mengambil bahagian.



Berkolaborasi dengan sistem kad elektronik pintar ini, kad TemanKu ini berfungsi bagi memudahkan perjalanan dengan menjimatkan masa ahlinya daripada beratur panjang dan meminimumkan penggunaan wang tunai.Ahli Kelab TemanKu juga dapat menikmati ganjaran dan tawaran hebat melalui penggunaan kad TemanKu dengan menikmati isi nilai permulaan PERCUMA sebanyak RM50 (kecuali Sabah dan Sarawak). Dengan transaksi berfrekuensi tinggi, kad pintar serbaguna ini boleh ditambah nilai kandungan wang elektroniknya antara RM10 hingga RM500 di lokasi terpilih yang disediakan seperti di stesen minyak, pusat perkhidmatan pelanggan yang terdapat di sepanjang lebuhraya, stesen-stesen KTM dan LRT, kemudahan ATM / CDM di bank-bank yang mengambil bahagian serta agen-agen yang dilantik.



Kerajaan Malaysia telah menaja Program Pelancongan Kerap kepada semua pengguna kad Touch n Go di Malaysia yang menggunakan kad Touch n Go bagi pembayaran tol di semua lebuhraya di Malaysia. Pengguna kad Touch n Go layak mendapat rebat tol sebanyak 20% apabila menggunakan perkhidmatan Touch n Go sekurang-kurangnya sebanyak 80 kali dalam jangka masa sebulan. Rebat 20% diberikan kepada pemegang kad yang layak dikira sebagai 20% daripada semua jumlah transaksi. Pemegang Kad boleh menebus rebat yang ditawarkan melalui kad tambah nilai pada semua 136 kaunter Touch n Go yang disediakan. Untuk maklumat lanjut mengenai kad TemanKu sila hubungi Careline di talian 03-9056 2000 atau E-mail Careline@mbsbtemanku.com.my.

bottom of page